9 : Solved !
15 Mei 2013
Zenith Grand Reunion : Day 2
Eqhwan dan Faiz masih buntu. Code itu masih tidak dapat diselesaikan.
“Kita kena cepat Eqhwan. Kalau kita ambik masa lama sangat, aku takut nanti sahabat kita tu akan jatuh sakit sebab kelaparan, dahaga dan letih.” Faiz memberi pandangan.
“Aku tahu tu. Tapi apakan daya. Hmmm, Izzah masih belum bagi apa-apa response ?” Eqhwan sudah pusing memikirkan jalan keluar.
“Belum lagi.” Faiz membalas.
“Kita mohon doa kepadaNya dengan sebenar-benar doa. Dengan penuh rasa hina sebagai hambanya,” Eqhwan bangun memberi semangat.
Semalaman mereka berdua langsung tidak memelapkan mata kerana memikirkan kes tersebut.
Azan Subuh berkumandang. Lantas mereka menunaikan solat Subuh secara berjemaah. Selepas itu mereka mengerjakan solat sunat hajat agar dipermudahkan Allah atas urusan hidup serta menyelamatkan sahabat mereka yang berada dalam kesusahan.
*****
Majlis yang dijadualkan pada pagi itu diteruskan juga. ‘Usmar serta anak buahnya rasa bersalah pula untuk menceritakan hal sebenar yang berlaku kepada sahabat mereka kepada semua kerana dia yakin sekiranya berita tersebut tersebar, majlis ini tidak akan berjalan dengan lancar lagi. Majlis ini pasti akan terhenti di situ saja. Sedangkan dia sedar bahawa warga Zenith pastinya hadir ke majlis untuk berjumpa sahabt-sahabat lama mereka bukannya untuk risau memikirkan masalah yang tidak diduga ini.
Slot pada pagi itu adalah Slot Coretan Hati. Slot ini merupakan sesi sharing bersama-sama sahabat-sahabat Zenith di dalam perpustakaan. Pada sesi ini, beberapa warga Zenith dipilih untuk memberi sedikit perkongsian tentang pengalaman hidup. Mengenai cabaran hidup di dalam dan di luar. Banyak tips yang dikongsikan sesama mereka ketika sesi ini dijalankan.
2 Detektif Muda tidak menyertai sharing session pada pagi itu. Sedang mereka meneliti probability lokasi tempat sahabat mereka berada, satu video mesej masuk ke gajet Eqhwan, Faiz dan juga Izzah secara serentak. Video itu tidak mempunyai tajuk. Mereka berdua menekan butang play.
Eqhwan dan Faiz amat terkejut melihat isi kandungan video tersebut. Video itu merakamkan suasana bilik tempat 3 sahabat mereka dikurung. Kelihatan Zul, Syazwi dan Faiz Zamri diikat bersama-bersama. Mereka semua sepertinya tidak sedarkan diri. Namun, perakam video itu seperti dalam keadaan kelam-kabut. Pergerakan kamera yang digunakan untu merakam tidak stabil. Imej yang terpapar dalam video menjadi samar-samar dan akhirnya menjadi gelap. Videoa itu tergantung dan tamat disitu sahaja. Panjangnya hanyalah lebih kurang 15 saat sahaja.
“Daripada unknown... Ini sudah melampau. Pasti penculik itu yang menghantar mesej ini. Tapi kenapa baru sekarang? “ Eqhwan membuat konklusi setelah membaca details mesej tersbut.
“Tak pa Eqhwan, sekarang kita dah ada klu. Aku rasa banyak maklumat yang kita boleh dapat daripada video tadi. Kita boleh jejak lokasi depa guna video tu,“ serious saja muka Faiz.
*****
“Izzah, hang okey ka? Nampak runsing ja dari tadi. Hang nampak penat la.Tak tidoq ka malam tadi? ,” Athirah yang merupakan coursemate Izzah bertanya sambil menyambung wayar-wayar elektrik. Bagi pelajar kos engineering, mereka perlu menjalankan praktikum . Salah satu module dalam kerja kursus adalah berkaitan elektronik di makmal.
“Aku okey, danke ” Izzah hanya tersenyum. Langsung tidak mengiyakan mahupun menafikan tekaan yang dibuat coursematenya itu. Memang benar. Dia juga seperti 2 orang lagi Detektif Muda, semalaman tidak dapat melelapkan mata kerana memikirkan code yang perlu diselesaikan itu.
“Ya lah, orang tu dah famous sekarang. Detektif Muda la katakan. Mesti sibuk ada banyak kes. Siap dapat anugerah daripada Yang di-Pertuan Agong lagi. Mana tak hebat. Izzah, ich bin sehr stolz auf dich ” Mahfuzah yang juga merupakan coursemate Izzah menyatakan betapa bangganya dia dengan pencapaian Izzah baru-baru ni.
Izzah, Mahfuzah dan Athirah merupakan sahabat baik. Memandangkan kelas mereka hanya terdiri daripada 8 orang perempuan dan 12 orang lelaki. Daripada 8 orang tersebut, hanya mereka bertiga sahaja muslimah. Jadi ke mana saja, mereka bertiga akan bersama-sama, mengambil berat antara satu sama lain. Sekiranya ada masalah apa sekalipun, mereka bertiga akan berkongsi bersama. Sama-sama berjuang untuk lulus dengan cemerlang dalam ilmu duniawi dan juga ukhrawi. Bersahabat kerana Allah.
“Izzah, macam mana nak jadi detektif eh? Hebat la skil yang hang ada,“ Athirah cuba mengorek rahsia.
“A true detective will never reveal his own secret and identity,“ jelas Izzah persis Professor Layton.
“Ewaah dia. Berahsia la konon. Okay fine.” Mahfuzah buat-buat merajuk. Comel.
“Hehe…gurau je lah,” Izzah cuba memujuk. Ralit mereka bertiga berbual-bual. Sehinggakan Izzah tidak sedar bahawa sambungan wayar yang dibuatnya itu terbalik. Patutlah dari tadi lampu mentol tidak menyala.
“Cik Izzah. Weißt du was…hang dah silap pasang la. Tu kan wayar hang dah terbalik. Dia kena pasang partner macam ni haa” Athirah perasan kesalahan Izzah dalam memasang circuitnya.
“Haa laa, tengok ni. Dia kena ikut susunan macam ni. Contoh hang ada 6 part, hang kena bahagi jadi 2 bahagian. 1,2,3 dan 4,5,6. Lepas tu nombor 1 dengan 4. Nombor 2 dengan 5. Nombor 3 dengan 6. Verstehst du? “ Mahfuzah menerangkan.
“Ach so. Du hast recht ! Danke schön Athirah und vielen Dank Mahfuzah “ Izzah mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana telah menegur kesilapan yang dilakukannya itu.
“Partner ? Susun ikut susunan? Mungkinkah ......, “ Izzah mendapat ilham bagaimana untuk menyelesaikan code tersebut. Izzah memohon diri untuk keluar sebentar daripada makmal untuk membalas mesej code yang hampir sahaja berjaya diselesaikannya. Lantas dikeluarkan gajetnya itu untuk melihat kembali code yang diforwardkan oleh Eqhwan.
“Dah dapat ! “ Izzah tersenyum. Bersemangat. Tetapi Izzah baru terperasan satu notification menunjukkan ada mesej masuk beberapa minit yang lalu. Daripada unknown. Berisi video yang sama dengan yang diterima oleh si Faiz dan si Eqhwan. Izzah melihat isi kandungan mesej video tersebut. Dia betul-betul terkejut. Cepat-cepat Izzah menghantar mesej untuk memberitahu jawapan penyelesaian kepada 2 orang Detektif Muda.
“Izzah, hang buat apa lama-lama kat luar. Cepat masuk balik. Kita kena siapkan circuit kita ni ,“ Athirah memanggil Izzah untuk masuk semula ke dalam makmal setelah terperasan Izzah keluar untuk tempoh masa yang agak lama.
“Ja, moment mal. Verzeih mir. Ich komme.” Izzah cepat-cepat mennyentuh butang send message kepada 2 Detektif Muda lalu bergegas masuk semula ke dalam makmal untuk menyambung kerja kursusnya.
*****
“Cuba rewind video tu. Haa bahagian tu, perasan dak ada banyak bulu burung kat atas lantai. “ Faiz menunjukkan ke arah video tadi. Video itu dipasang pada laptop agar imej dapat diihat dengan lebih besar dan jelas.
“Bulu burung gagak ! Hmm...Maksudnya depa ni ada dekat kawasan yang ada banyak burung gagak“ Eqhwan memberi komen.
Mereka membedah video itu dengan teliti sekali.
“Nampaknya bilik ni takdak siling. Haa, nampak dak macam ada cahaya dekat langit tadi. Macam kapal terbang,“ sekali lagi Faiz membuat ulasan.
“Jadi mereka berada di antara laluan kapal terbang, “ Eqhwan mengurut-ngurut dagunya tanda berfikir.
“Eeh, hang dengar apa yang aku dengar. Macam bunyi drill, kan? “ Eqhwan menguatkan audio video tersebut.
“Macam depa dekat dengan tempat kerja-kerja baik pulih,“ Faiz cuba meneka bunyi tersebut.
Sedang mereka berdua khusyuk meneliti video, tiba-tiba gajet Eqhwan berbunyi menunjukkan satu mesej masuk. Daripada Izzah.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P S O H R I T P
1 2 3 4 5 6 7 8
1234 and 5678
15 26 37 48
= PORTSHIP
Mereka di pelabuhan kapal. Perhatikan video itu dengan
teliti. Kedengaran bunyi orang sedang membaiki bangunan.
Mereka mungkin berhampiran kawasan itu iaitu di persisiran pantai.
Hanya 3 kemungkinan.
Jeti Kuala Muda, Jeti Kuala Perlis dan Pelabuhan di Butterworth.
Nampak bulu burung gagak yang bertaburan?
Butterworth adalah tempat di mana populasi burung gagak
yang banyak. Selamat Berjaya Detektif !
-Izzah Kudo-
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Waah, mantap ! Izzah dah berjaya menyelesaikan code tu. Nampaknya penculik tu pun ada menghantarkan mesej video itu kepada Izzah” Eqhwan tersenyum.
“Apalagi. Jom kita bertolak sekarang,” Faiz mula bertindak setelah selesai membaca mesej tersebut.
10 : Kami Zenith adalah Satu
Eqhwan dan Faiz bergegas menceritakan hal tersebut kepada ‘Usmar dan beberapa warga Zenith yang sudah sedia maklum tentang kehilangan 3 orang sahabat mereka.
“Aku rasa ini dah betul-betul serius. Aku rasa kita perlu bagitau jugak dekat semua kawan-kawan kita. Sudah lama kita rahsiakan perkara ni. Depa tu kawan-kawan 3 orang sahabat tu jugak. Depa berhak tau pasal hal ni” Faiz mengemukakan cadangan.
“Baiklah,” ‘Usmar mengangguk faham. Dia tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia bergegas ke library KUPSIS untuk menerangkan hal yang sebenarnya.
Semua warga Zenith terkejut sebaik sahaja mendengar berita tersebut. Suasana perpustakaan menjadi riuh.
“Awat hampa baru cerita sekarang. Hampa patut cerita dari awai. Sekarang kami pulak yang rasa bersalah. Kami bergembira di sini sedangkan sahabat kami menderita di tempat lain tanpa pengetahuan kami, ” Athirah Syazwani bangun melontarkan pendapat dan rasa kesalnya.
“Betul cakap Athirah. Tapi takpa benda ynag berlalu biarlah berlalu. Sekarang kita jalankan tanggungjawab kita sebagai sahabat. Kita buat solat hajat ramai-ramai supaya depa 3 orang berjaya diselamatkan. Tapikan ‘Usmar, lain kali kalau berlaku lagi hal macam ni, hampa tak patut rahsiakan daripada kami. Kitakan Zenith. Bersama-sama senang mahupun susah,” Sophea Rohayati menyejukkan keadaan.
Semua warga Zenith mengangguk-angguk mendengar kebenaran dalam kata-kata Sophea. Sufian mengangkat ibu jarinya tanda setuju.
Aura ukhwah fillah dirasakan sangat kuat. Masing-masing semakin sedar betapa kuatnya bonding sesama mereka.
Beberapa warga Zenith yang terpilih mula bersiap-siap untuk bertolak ke tempat kejadian. Tidak ramai yang turut serta. Hanya Faiz, Eqhwan, Sufian dan Zakri. Sufian bertindak sebagai pemandu. Kereta milik Sharifah Nor Faizah digunakan. Dia sendiri yang memberikan offer tersebut tanpa diminta.
“Hang yakin nak bagi pinjam kereta hang? ” Eqhwan ingin mendapatkan kepastian.
“Gunalah. Yang penting depa selamat. Tolong ya, hati-hati” Sharifah kelihatan merayu agar sahabat yang diculiknya itu berjaya diselamatkan.
“Hati-hati,” Aisya Fathiya sempat memberikan nasihat sebelum mereka semua bertolak. Wajahnya sayu dan mengharap agar mereka berjaya dalam misi ini.
Pengembaraan untuk menyelamatkan 3 orang sahabat itu disertai oleh 4 orang iaitu, 2 orang Detektif Muda itu sendiri dan juga Sufian yang bertindak sebagai pemandu yang mahir mengendalikan kenderaan serta Zakri yang sudah arif dengan selok-belok jalan tidak kira di utara mahupun selatan. ‘Usmar, Amin dan Redzuan tidak turut serta dalam misi pengembaraan tersebut kerana mereka masih ada tanggungjawab untuk mengendalikan majlis tersebut.
← PREVIOUS NEXT →
0 Idee für Izzah:
Post a Comment