Extraordinary Love





Sahabatku,
Pernahkah kau menyimpan perasaan kepada seseorang dalam diammu yang suci?
Ketika perasaan itu lahir dalam hatimu,
Kau mencuba menahan semua isi perasaanmu itu,
agar tidak terucap lebih dini kepada si dia..

Ku tahu hatimu bergemuruh ingin mengatakan kepadanya bahawa..
"Aku mencintaimu..."
Dan aku pun juga tahu bahawa kau pun hendak mengatakan kepadanya:
"Jadikanlah aku belahan jiwamu"
Namun aku juga tahu bahawa kau tak KUASA untuk mengatakanya...
Kerana kau sedar bahawa kau ialah seorang MUSLIMAH...!!!!

Tetapi pernahkah seseorang yang namanya,
Sering kau hadirkan di dalam setiap doa-doamu itu, datang memintamu untuk mencarikan pendamping hidup untuknya?
Dan aku pun tahu bagaimana perasaanmu ketika itu..

Duhai Akhi...
Pantaskah aku memintamu untuk menjadi imamku?
Bolehkah aku mengatakan kepadamu bahawa tak perlu kau mencarinya kerana kau telah menemukanya sekarang, iaitu aku..

Aku sungguh ingin yakinkan kepadamu bahawa akulah yang kau cari selama ini...
Tapi lisan ini pun tak mampu untuk menghuraikan kata itu kepadamu..
Maafkan aku, jika aku belum sanggup menyatakan itu...

-------------------------------------------------------------------

Seorang AKHI MAHAL membalas soalanmu muslimah..

Diam, itulah caraku mencintaimu karenaNya,
Ketika aku belum mampu menghargai perasaan itu dengan pernikahan,
Meskipun mungkin kau tidak pernah tahu,
Kerana aku belum pernah menyatakan itu di masa yang belum halal bagiku mengungkapkannya padamu.

Aku begitu berharap menjadi pendamping terbaikmu,
Membangun bahtera sakinah dan mawaddah bersamamu dalam pernikahan,
Jika suatu ketika perasaan itu tak pernah tersampaikan olehku kepadamu,
Dan ternyata kau memilih yang lain daripadaku,
Maka, akupun bergembira kerana bahtera impian yang ku cita-citakan itu akhirnya kau dapatkan juga,
Semoga kau tetap mampu menjaga kesucianmu,
Apatah lagi kau telah didampingi oleh orang yang dipilihkan Allah untukmu,
Allahuma Amiin...

Sedangkan aku tersenyum di sini begitu bahagia,
Kerana orang yang ku cintai dapat menjaga kesucian yang selama ini ku kagumi darinya..
Meskipun kau bukan bersamaku..

Kerana aku meyakini bahawa,
Allah tahu siapa yang terbaik bagimu dalam menjaga kesucianmu,
Sehingga Allah mengurniakan dirinya kepadamu,
Lantaran aku juga khuwatir,
Aku tak mampu membantumu menjaga kesucianmu lebih baik daripada seseorang yang telah dikurniakanNya kepadamu itu,
Sedangkan Dia tahu yang terbaik bagi masing-masing kita semua..

Inilah cintaku,
Meskipun sampai sekarang ia tetap diam dalam kesucian,
Berharap aku dan kau tetap dapat memelihara kesucian yang telah kita pelihara selama ini...

Inilah cintaku,
Bukan cinta biasa




1 Idee für Izzah:

  1. ;) Izzah, anything happens, find me first. I'm also a Muslim, a Muslimah actually. Tapi kita tak tahu apa label kita di mata Allah. Jazakillah atas perkenalan, kerana dirimu yang berharga itu, adalah daripada Allah yang agung. Uhibbukifillah. Semoga kita2 sama2 menjadi izzah kepada dienulAllah.

    ReplyDelete

 

Appreciation

Thank you for coming. Please come again. May Allah bless.

Twitter Updates

Es tut mir leid. The owner does not have any account burung biru yet.

Meet The Author

I am Izzah Kudo. Please enjoy every letter. It is specially present for you ♥