Sahabat ♥







Sahabat,
bila engkau jatuh,
aku hulurkan tangan,
bukan kerana aku ampuh,
tetapi kerana aku lemah,
melihat engkau rebah.

Sahabat,
aku manusia biasa,
tidak mampu membaca fikiran manusia,
bukakan hati mu menerima aku,
agar aku mampu merasa,
apa yang engkau simpan dalam jiwa.

Sahabat,
bukankah matlamat kita adalah syurga?
berteraskan ukhwah yang Dia redha.
maka, biarkan mereka dengan kata mereka!
Engkau masih ada aku,
dan kita selamanya ada Dia!

Sahabat,
capai tangan ku!
kita bangkit bersama!

Aku mencintai kamu kerana Allah selama-lamanya ♥
Ukhwah fillah Abadan Abada ~


Original post
15 February at 09:23

Nukilan : Pemimpin Bersaudara

0 Idee für Izzah:

Post a Comment

 

Appreciation

Thank you for coming. Please come again. May Allah bless.

Twitter Updates

Es tut mir leid. The owner does not have any account burung biru yet.

Meet The Author

I am Izzah Kudo. Please enjoy every letter. It is specially present for you ♥