Happy Circle ♥






 


Ada apa dengan usrah?
Tarbiyyah?
Apa itu tarbiyyah?
Ukhuwwah?
Terjalinkah ukhuwwah dengan usrah?

Ya! Dengan usrah,
Terbinalah tarbiyyah,
Terpaterilah akidah dan corak pemikiran yang sefikrah,
Tersimpullah rantaian ukhuwwah,
Sehingga cinta sesama ahlinya memandu manusia ke jannah.

Taribyyah ertinya didikan,
Didikan Rabbuna yang diperkukuh demi mencari keredhaan Tuhan,
Usrah didefinisikan keluarga,
Keluarga bahagia dalam menuju bahtera syurga,
Keluarga diertikan sebagai orang-orang yang mampu, Memimpin hati-hati insan,
Berjalan menuju ke Tuhan.

Jangan khuwatir puteriku,
Usrah itu ada di mana-mana,
Asalkan hati ditautkan kepada Allah,
Maka insyaAllah halaqah menjadi ibadah,
Pertemuan menjadi barakah,
Perbincangan menuju mardhatillah,

Halaqah hati,
Mentautkan hati para pencari cinta Illahi.

***

Suatu riwayat yang dikeluarkan oleh Imam Muslim mengatakan pernah Rasulullah s.a.w berlalu seraya melihat satu halaqah (perkumpulan) para sahabat, lalu baginda berujar:

"Apakah gerangan kamu berkumpul di sini?"

Jawab mereka:

“Kami duduk berzikir kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi petunjuk dengan Agama Islam, dan telah bermurah hati atas kami dengan hidayahnya"

Ujar baginda:

“Demi Allah, benarkah itu yang menyebabkan kamu berkumpul itu?

Jawab mereka:

“Demi Allah, kami tidak berkumpul di sini melainkan atas tujuan itu semata-mata.”

Ujar baginda pula:

“Sebenarnya aku tidak meminta kamu bersumpah kerana aku masih meragukan kebenaran kamu, tetapi Jibril a.s. telah mendatangiku dan memberitahuku, bahawasanya Allah Ta’ala memuji-muji kamu di hadapan para malaikat.”

Dalam satu riwayat lain dikeluarkan oleh al-Hakim, bahawa Rasulullah s.a.w. mendapati suatu kelompok orang sedang berzikir kepada Allah Ta’ala, maka ujar baginda:

“Apa yang kamu bicarakan, sesungguhnya aku lihat rahmat Allah sedang menghujani kamu, dan aku pun ingin menyertai kamu sekalian.”


***

Tinta buat sahabat akhowat seperjuangan :')

Sangat ku menghargai pertemuan tadi,
Walaupun hanya sekejap sahaja,
Namun tersangat lekat di hati,
Hati kita menyatu dalam redhaNya,
Seolah telah lama berkenalan dan bersua muka,
Padahal baru tadi bersua,
Sudah kurasakan ku jatuh cinta,
Kau menyapaku penuh mesra,
Menyambut kalimah Allah,
Salam pembuka bicara.

Kita duduk beriman dalam taman usrah Illahi,
Musollah jugalah menjadi destinasi,
Tempat berkuntum kasih abadi,
Lalu kita duduk menjamu selera,
Walau hanya sekadar makan-makan,
Namun pengisian tetap menyentuh jiwa,
Bilakah lagi mahu ketemu?
Untuk mengubatkan rasa hati nan rindu?

Baru ku sedar selama ini,
Mengapa lidah ku tidak pernah kelu,
Membilang namamu dalam larut doaku,
Rupa-rupanya petanda jodoh,
Kau dan aku akan bertemu,
Walau dijarakkan gunung dan batu,
Allah mengkehendaki kita bertemu,
Allah mengkehendaki hati kita menyatu.

Walau dipisahkan dua benua,
Kau berlari mengejar ukhuwah yang dibina,
Melupakan perbezaan-perbezaan yang ada,
Dari Sarawak kau turun semenanjung,
Demi menjalin ukhuwah yang rimbun,
Lusa menghadapi peperiksaan,
Kau sanggup turun meluangkan kesepian,
Demi kasih sayangmu kepada teman.

Baru ku sedar nikmat persahabatan,
Rupa-rupanya petanda kasih,
Ukhuwah Fillah yang terbit di hati ,
Rupa-rupanya petanda sayang,
Hati yang gersang rindukan Tuhan

      ♥


0 Idee für Izzah:

Post a Comment

 

Appreciation

Thank you for coming. Please come again. May Allah bless.

Twitter Updates

Es tut mir leid. The owner does not have any account burung biru yet.

Meet The Author

I am Izzah Kudo. Please enjoy every letter. It is specially present for you ♥