Die Prüfung



Musim exam? Ooh ye, die Prüfung means The Examination in German. Bunyi cam gempak je kan? EXAM! Eeh, kami dah lama habis exam laa. Kay finee, tuan penulis baru nak exam :3
Eeem. Godek-godek sana-sini, terjumpa love letter ni. Kena pulak ayat yang memang kena dengan mood dia. Fuuh !

Jom tadabbur ayat Allah ini:

die Wörter von Allah

"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh."
[Surah As-Saff  61:4]


Saya akan membahagikan ayat ini kepada 3 bahagian,

1) Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang,


2) untuk membela agamaNya,


3) dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


Los geht's  


1) dalam ayat ini, Allah mengatakan mengasihi orang yang berperang. Tetapi mengapa Allah guna perkataan perang, mengapa tidak perkataan lain? Kita lihat pula aspek-aspek yang ada dalam peperangan. Sewaktu menghadapi peperangan, mestilah kita akan bersiap sedia dengan seelok-eloknya, dan itulah yang perlu kita lakukan dalam perjuangan ini malah boleh diaplikasikan dalam musim peperiksaan kita ini.

Jika kita lihat, outcome yang ada setelah peperangan hanya ada 2, iaitu menang dan kalah. Kita perlu ada pemikiran sebegitu. Dalam peperiksaan hanya ada berjaya atau gagal, gred itu cuma aras keberjayaan kita sahaja. Tiada istilah 'boleh la' atau 'cukup-cukup makan' dalam aspek peperangan dan itulah yang perlu diterapkan dalam diri kita supaya kita bersungguh-sungguh dalam menghadapinya. Kerana itu Allah gunakan perkataan perang.

Selain itu, jika kita lihat tahap-tahap jihad. Antara yang berada di bawah ialah jihad menentang hawa nafsu dan tahap jihad yang tertinggi ialah jihad fisabilillah. Allah sengaja memilih kata perang untuk menandakan kita perlu untuk berusaha untuk mencapai yang lebih tinggi, tidak cukup sekadar berada di bawah. Perlu untuk mencapat tahap yang teratas. Bak kata pepatah Inggeris, "Aim for the sky, even if you failed at least you will land among the stars"

2) Membela agama Allah pula bukanlah dengan maksud perang sahaja, tetapi membela agama Allah juga bermaksud menegakkan Islam itu dalam diri sendiri, mengamalkan Islam itu, berusaha mempelajari ilmu untuk menegakkan Islam, berusaha menjalankan hukum Allah di muka bumi, memberi kefahaman tentang Islam kepada yang bukan Islam dan sebagainya. Membela agama Allah itu besar skopnya, bukan bermakna pada satu perkara itu sahaja.

Dan dalam kita dalam usaha menegakkan agama Allah ini, perlulah juga kita dengan ilmu. Tanpa ilmu, bagaimana kita ingin berhujah andai ada orang mempersoalkan hukum Allah? Dengan ilmulah kita berupaya melakukan apa yang dirangkumkan dalam skop membela agama Allah itu tadi.

Oleh itu, jadikanlah menuntut ilmu dan menghadapi peperiksaan kalian itu sebagai satu jalan untuk kita membela agama-Nya.


3) Apabila disebut tentang barisan, semestinya kita memikirkan dalam kuantiti yang banyak. Ya, sememang itulah maksud yang cuba disampaikan. Adalah dengan berjemaah, kita akan lebih kuat. Namun dalam ayat tersebut juga, Allah menyebut seperti bangunan yang kukuh. Maksudnya di sini, kuantiti tidak bermakna apa-apa sekiranya tidak diuruskan dengan sebaiknya. Allah sudah pun beri kepada kita satu contoh yang mudah. Dalam pembinaan bangunan, mustahil bangunan itu dapat dibina dengan satu bata sahaja, semestinya perlukan banyak bata. Namun, sekiranya bata itu dibiarkan berlonggokan di situ sahaja, apakah ia dikira kukuh? Tidak. Untuk ia digelar kukuh, perlulah ia diuruskan dengan baik iaitu dengan cara menyusunnya dan letakkan simen agar keras. Setelah itu barulah ia dianggap kukuh.

Kita refleks pula pada situasi kita yang sedang menghadapi musim peperiksaan. Boleh kita mengadakan study group. Dengan study group ini, kita berupaya untuk bertanya bab yang kita tidak faham.

Serba sedikit yang dapat saya kongsikan daripada ayat-ayat cinta Allah buat hamba-Nya ini.


Viel Glück für die Prüfung 
kein Fleiß kein Preis    C:
٩(×̯×)۶

0 Idee für Izzah:

Post a Comment

 

Appreciation

Thank you for coming. Please come again. May Allah bless.

Twitter Updates

Es tut mir leid. The owner does not have any account burung biru yet.

Meet The Author

I am Izzah Kudo. Please enjoy every letter. It is specially present for you ♥