Ahli Badar : Crème de la Crème





السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Saya nak cerita istimewanya jadi ahli Badar (Badrain ). Sebelum tu,  sedikit kisah tercetusnya Perang Badar ni.

Cecite …

Pada asalnya Nabi Muhammad SAW serta kaum Muhajirin Mekah hanyalah ingin menyekat kafilah Abu Sufyan yang dalam perjalanan pulang dari Syam selepas menjual harta-harta peninggalan Muhajirin Mekah. Nabi ingin merampas kembali hak Muhajirin.
Namun, Makkah telah menghantar 1000 bala tenteranya lengkap dengan peralatan perang dan  kuda-kuda perang , siap untuk bertempur dengan Muslimin.

Tapi Nabi SAW keluar dengan 313 orang yang hajat asal untuk mengangkut kembali barang-barang rampasan.
Tidak semua orang Islam membawa senjata kerana beranggapan mereka hanya akan melawan 40 orang pedagang. Namun Allah mengatur dan menghendaki mereka menghancurkan 1000 tentera Makkah yg full gear untuk berperang.

Statistiknya, 1000 orang Kabilah Sufyan, iaitu daripadanya 600 orang berbaju besi. 700 ekor unta dan daripadanya 100 ekor kuda berbaju besi. Dahsyat tak?
313 orang Muhajirin yang hanya membawa 3 ekor unta. Cukup ke?
Secara logik manusia dan kepada bilangan tentera, mesti umat Islam tak akan menang kan? Tunggu dulu !

Kisah Perang Badar dan orang Islam dengan harta rampasan perang ada disebut dalam al-Quran. Al-Anfaal maksudnya harta rampasan perang. Betul tak sesape yang mengaji bahasa Arab? SO, cuba belek-belek Surah al-Anfaal ayat 1 hingga 16. (Surahal-Anfaal  8  :  1-16 )

 
Tadi baru intro, sekarang baru nak masuk point.

Special
nya jadi ahli Badar (Badrain) ini. Siapa mereka ?

Iaitu mereka yang mengikuti peperangan Badar yang merupakan peperangan pertama dalam Islam.
Tentera Islam ketika itu berjumlah 313 orang atau 314 orang menentang Kaum Kafir Quraisy dengan angkatan tentera seramai 1000 orang.

Sehinggakan pada zaman tersebut, apabila disebut sahaja dia ini ahli Badar, orang Islam akan menyanjung tinggi. Malah, mereka lebih istimewa daripada ahli Thabuk (umat Islam yang mengikuti perang Thabuk).

Dalam konteks zaman kita
[ Wah, dia ni ahli Thabuk. Hebatnya. Eh dia ni ahli Badar. MashaAllah lagi hebat ! ]
Cemtu la lebih kurang.


Mereka ini adalah simbolik kebangkitan Islam. Sebelum menyertai perang Badar ini lagi, Allah telah menapis umat Islam yang mengikuti peperangan ini. Sekiranya terdapat sedikit sekalipun ragu-ragu dalam keimanan mereka, lantas dia tak dipilih Allah.

Details kan Allah pilih hanya yang terpilih untuk menyertai perang Badar ini?

Para sahabat Nabi yang terlibat dalam perang Badar mendapat penghormatan sehingga Nabi melarang Umar Ibn Khattab (ra) daripada mengapa-apakan Hatib Ibn Abi Baltaah (ra) yang cuba memberi amaran awal kepada penduduk Makkah mengenai rancangan Nabi menakluk Makkah. Nabi berkata , “Dia itu mengikuti perang Badar, betapa hilang ingatanmu kalau Allah melihat ahli Badar dan berfirman :

“Lakukanlah apa yang kalian kehendaki ! Sungguh aku telah mengampuni kalian”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Rifaa (ra) meriwayatkan:

Jibrail datang menemui Nabi SAW dan bertanya: “ Bagaimana pandangan kamu tentang ahli Badar di kalangan kamu? “ Nabi menjawab: “ Mereka adalah golongan terbaik di kalangan Muslimin.” Jibrail berkata: “ Begitu juga pandangan Malaikat yang turut menyertai Perang Badar”.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Mengapa kedudukan mereka begitu tinggi?
Mereka ialah orang yang dipilih oleh Allah menjadi pembela agama dalam keadaan yang begitu genting. Dalam kata lain, mereka ini telah ditapis, crème de la crème. Pergghh hebat! Mereka adalah orang melayakkan diri menerima anugerah dari Allah berupa pertolongan langsung dari para malaikat:

(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Rabbmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu : "Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut". (Surah al-Anfaal 8 : 9)

Mereka melayakkan diri kerana mereka telah memberikan segala-galanya untuk Islam. Mereka menerima Islam di saat orang lain mencemuhnya. Mereka pasrah taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka benar-benar mengotakan janji mereka untuk berkorban demi mempertahankan Islam.

Mereka bersedia mati kerana mempertahankannya. Mereka maju ke depan sekalipun mereka tahu mereka bakal berdepan dengan tentera yang jauh lebih besar dan lebih baik kelengkapannya. Mereka tidak meninggalkan Nabi dalam saat genting sedemikian.

Apabila mendapat berita tentang pergerakan tentera Quraish, Rasulullah SAW bermesyuarat dengan para Sahabatnya. Lihat apa yang dikatakan oleh Miqdad Ibn Amr (ra):
"Rasulullah, teruskanlah apa yang sudah ditunjukkan Allah. “Kami akan bersama tuan. Kami tidak akan mengatakan seperti Bani Israil yang berkata kepada Musa: "Pergilah kamu bersama Tuhanmu, dan berperanglah. Kami di sini akan tinggal menunggu. Tetapi, pergilah engkau dan Tuhanmu, dan berperanglah, kami bersamamu akan juga turut berjuang.”

Demikian kehebatan pengorbanan dan kegigihan para ahli Badar yang telah mendapat anugerah yang begitu tinggi dari Allah. Marilah kita mencontohi mereka dengan berusaha untuk berkorban setakat kemampuan kita demi untuk agama yang tercinta. Semoga Allah mengurniakan kita sebahagian dari sifat dan ciri ahli Badar.



0 Idee für Izzah:

Post a Comment

 

Appreciation

Thank you for coming. Please come again. May Allah bless.

Twitter Updates

Es tut mir leid. The owner does not have any account burung biru yet.

Meet The Author

I am Izzah Kudo. Please enjoy every letter. It is specially present for you ♥