6 : Misteri
Selesai solat Maghrib dan solat Isya‘ yang diselangi dengan solat sunat hajat dan pengisian rohani di surau, aktiviti seterusnya dilakukan di padang berhampiran kantin. Malam ini diisi dengan aktiviti berBBQ.
Menu yang sungguh lazat itu dimasak sendiri oleh ahli Zenith di bawah kelolaan Menteri Makanan, iaitu Athira Muntaha, Syafiqah Ishak, Awatif dan Munirah Nasir. Turut dibantu oleh sebilangan adik-adik junior dan pekerja dewan makan. Kerja-kerja memanggang menjadi mudah apabila dilakukan beramai-ramai.
Hidangan dinikmati dengan penuh kesyukuran. Pelbagai menu yang terhidang. Warga Zenith berborak-borak sambil menikmati kambing panggang di pinggan masing-masing.
“ ‘Usmar, rasa-rasa macam banyak ja kos yang dibelanjakan untuk buat majlis kita ni. Dah la tu, bukan sekejap, 3 hari pulak tu. Mana dapat sponsor ? “ tanya Ali Hasan santai ketika menjamu selera.
“ Ooh pasal tu. Sebenarnya adalah seorang hamba Allah ni yang baik hati sponsor semuanya sekali dari awai sampai akhir. Sekali dengan majlis untuk Hari Guru dan jugak sumbangan untuk pihak sekolah. Tapi memandangkan dia mintak aku rahsiakan saja pasal hal ni, jadi aku terpaksa la pegang amanah dan tak boleh bagi tau sapa dia, “ ‘Usmar menjelaskan setelah dia menelan daging kambing yang baru dikunyahnya.
Semua yang duduk berhampiran mengangguk-angguk mendengar penjelasan ‘Usmar.
“Baiknya hati dia. Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki dia yang misteri tu, “ Siti Nor Sumayyah yang kebetulan lalu berhampiran mereka mendoakan dan terus berlalu pergi untuk menambah makanan.
Eqhwan mengambil makanan lalu mencari tempat duduk di sebelah Faiz yang sudah menunggunya. Bagaikan kembar siam. Dimana ada Faiz, disitu lah juga Eqhwan. Sentiasa bersama-sama. Faiz yang baru saja mengangkat tangan untuk membacakan doa, dihalang oleh si Eqhwan.
“Sebelum kita makan. Aku ade something special untuk hang Paiq,” Eqhwan mengeluarkan sebuah kotak kecil berserta sampul dari kocek seluarnya lalu diserahkan kepada Faiz. Faiz kehairanan.
“Benda pa ni? ” Faiz bertanya. Pelik.
“Jangan buka lagi. Nanti baru bukak ye. Happy belated birthday ! Maaf hadiah tak seberapa. Bukan teddybear sebab terlalu common, bukan bunga sebab ia akan layu, bukan chocholate sebab nanti tak tahan lama tapi sesuatu yang Paiq akan perlukan di masa akan datang, ” Eqhwan tersenyum ikhlas.
“Thanks Eqhwan. Tak Eqhwan, hadiah paling bermakna buat hidup aku adalah mempunyai seorang sahabat bergelar Eqhwan yang sudi bersama aku suka dan duka. Dan hadiah sahabat ni valid untuk setiap kali birthday aku sampai akhir hayat. Uhibbuka fillah, ” Faiz pula menghadiahkan sekuntum senyuman Eqhwan.
Terasa lambaian angin menyapa tubuh mereka. Dingin sekali malam itu. Suasana dihangatkan dengan kata-kata puitis dari Detektif Muda ini. Indah sekali.
"Eh ?! “ Faiz tiba-tiba teringat ses"uatu.
„Awat Paiq ? “ Eqhwan kehairanan kerana Faiz bukan lagi dalam mood jiwang.
“Astaghfirullahalazim, aku terlupa sungguh. Ya Allah, mana 3 sahabat kita yang belum sampai. Awat yang lambat sangat ni. Aku rasa tak sedap hati la. Mustahil perjalanan dari SP nak sampai ke Kubang Pasu ambik masa lama sampai macam ni,” Faiz terus mengeluarkan handphonenya untuk menghubungi Zul.
“Biar aku je yang call dia,” Eqhwan lebih pantas mendial nombor Zul.
Tut ... tut ... tut ...
Tiada jawapan. Dicubanya sekali lagi.
"Helo Zul. Ko dekat ma ..... ? “ Eqhwan belum sempat menghabiskan kata-katanya.
"Tolong kami Eqhwan ... kami kena ...“ kedengaran suara Zul yang sangat terdesak.
"WOOoiii. ..! KAU BUAT APA??! “di hujung suara, Eqhwan terdengar satu suara yang garau. Lalu, panggilan dimatikan secara tiba-tiba. Confirm ! Mereka dalam bahaya. Eqhwan cuba untuk menelefon kembali namun handphone Zul telah di off kan . Detektif Muda berpandangan. Satu pengembaraan menanti kehadiran mereka.
*****
“ SEKALI LAGI KAU CUBA UNTUK MACAM-MACAM , NAHAS KAU !” penculik itu memberi amaran keras. Dia menghancurkan BlackBerry Z10 milik Zul ke lantai. Telefon bimbit milik Syazwi dan Faiz Zamri pula telah dirampas. Zul, Faiz Zamri dan Syazwi diculik ! Faiz Zamri masih tidak sedarkan diri. Syazwi dan Zul hanya menahan sabar diperlakukan sedemikian rupa. Di hadapan mereka bertiga ada satu kamera yang dipasang pada tripod . Kamera tu merakam pergerakan 3 orang mangsa tersebut. Penculik tersebut meninggalkan mereka bertiga terikat antara satu sama lain dalam satu bilik usang yang berkunci. Pada badan mereka juga terikat 3 bom, iaitu satu diikatkan pada setiap orang di bahagian perut. Bom itu hanyalah boleh di nyahaktif kan dengan memotong wayar yang tepat sahaja. Keadaan pada malam itu amat sejuk sekali. Tingkap yang ada tidak boleh lagi di buka kerana telah dipaku dengan papan plywood. Namun, bilik tersebut tiada bumbung. Suasana langit malam yang gelap gelita dapat dilihat apabila didongakkan kepala. Dinding bilik tersebut pula sangat tinggi sehingga sukar untuk dipanjat oleh manusia . Mereka terkurung di dalam. Tiada jalan keluar.
"Jangan bertindak terburu-buru. Kita fikirkan strategi, “ Syazwi berbisik kepada Zul antara dengar dengan tidak.
Zul menarik nafas dalam-dalam. Nafas dihembuskan. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut Zul disebabkan malam yang sangat sejuk. Dia cuba untuk bertenang.
"Macam mana kita nak mintak tolong. Telefon kita dah kena rampas, “ rungut Zul sambil memandang seorang sahabatnya yang masih tidak sedarkan diri.
“Jangan risau, aku ada satu lagi telefon. Mereka tak ambik telefon aku yang satu lagi. Tak perasan kot. Cuba cari dalam poket seluar kat belakang ni,” Syazwi mengubah posisinya agar Zul dapat mencapai telefon bimbitnya. Walaupun pergerakan mereka terbatas disebabkan tali yang mengikat mereka, Zul mencuba sedaya upaya untuk mencapainya. Berjaya.
“Aku baru teringat, tinggal 10 sen ja lagi kredit aku. Aduh, waktu genting ni la kredit nak habis. Aku guna nombor U Mobile. Semua kawan-kawan kita guna nombor celcom dengan maxis. Kita mampu hantar 1 mesej ja… Alamak, bateri merah dah. Tinggal dalam 2-3 minit ja lagi. Nanti dia automatic shut down,” panjang Syazwi membebel. Dia mulai risau. Kritikal.
“Takpa, takpa.. chill. 1 mesej ja boleh hantar? Kita hantar code kat detektif muda kita. Kita tawakkal pada Allah depa dapat selesaikan code untuk tahu lokasi dan keadaan kita. Aku yakin mesti tadi waktu Eqhwan call aku dia sempat dengar suara penculik tu. Aku yakin depa tau kita dalam bahaya,” Zul berharapan tinggi. Dia betul-betul mengharapkan sahabat Zenithnya. Sebaik sahaja satu mesej dihantar, telefon bimbit Syazwi turn off dek kerana kehabisan bateri.
“Fuuhh, nasib baik sempat hantar tadi. Alhamdulillah,” Zul mengucapkan tahmid tanda bersyukur.
“Eh jap, agak-agak mesej tadi dah dihantar ke belum sebab dia tak sempat keluar notification kata message sent ,pastu phone aku dah ter off,” Syazwi menjadi ragu-ragu.
“InshaAllah, aku yakin dah. Aku yakin pada korang Detektif Muda, ya Allah selamatkan hambaMu ini,” monolog Zul. Signal telefon yang sangat kritikal itu mungkin juga menyebabkan mesej tadi tidak berjaya dihantar. Sebenarnya mereka berdua sendiri tak pasti sama ada mesej itu telah dihantar ataupun tidak. Dia betul-betul menyerahkan takdirnya pada Allah. Dia yakin Allah sentiasa bersama-sama dengan hambaNya. Dia yakin doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan.
7 : Code
Puas Eqhwan cuba menghubungi 3 nombor sahabat-sahabatnya. Namun, semuanya gagal.
“Semua phone depa off. Instinct aku kuat mengatakan depa dalam bahaya. Tapi kenapa diorang tak contact kita dari awal. Sekarang ni macam mana kita nak tahu lokasi depa? ” Eqhwan berbisik kepada Faiz. Dia tidak mahu menghebohkan hal ini lagi. Biarlah masa betul-betul sesuai baru diberitahu kepada orang lain. Faiz memejamkan mata tanda sedang berfikir.
“Ehem, ehem mintak perhatian semua. Assalamu’alaikum warah matullah. Sekarang, pakat-pakat dah makan kan? Perut dah di isi. Mesti senang hati. Tapi sesiapa yang nak pi tambah lagi tu silalah ya. Jangan malu-malu. Tapi kat sini nak buat pengumunan sikit. Kepada nama-nama yang akan dipanggil sila berkumpul di sebelah sini. Hampa buat salah apa tak tau la“ Sakinah Musa selaku emcee pada malam itu memulakan tugasnya.
Satu persatu nama warga Zenith dipanggilnya. Warga Zenith yang dipilih kehairanan atas tujuan apa nama mereka dipanggil. Ada buat kesalahan apa-apakah? Ada juga yang telah dapat mengagak apa yang bakal berlaku.
"....Sumayyah, Fauzan Wajdi, Afzan, Naqiuddin, Odd, Lyana Malek, Redzuan, Faizul Akmal, Hasna, Jama’iyah, Shawn, Fazilah Omar, Aiman Somad, Nor Syafiqah Saleh, Sufian Abd Rahman dan Faiz Bakruarazi...... “ satu demi satu nama warga Zenith disebut oleh Sakinah Musa.
Warga Zenith yang terpilih itu berjalan berkumpul di tempat yang diberitahu dengan berat hati. Ada lagi yang masih cuba meneka apa yang bakal terjadi.
“Pergilah Paiq. Layan saja ‘surprise‘ tu. Nanti kalau aku dapat berita apa-apa, aku habaq,” Eqhwan memegang kedua bahu Faiz dan menolaknya lembut supaya Faiz menyertai aktiviti itu. Faiz pula ikutkan saja. Detektif Muda ini telah dapat mengagak tujuan nama-nama tersebut dipanggil ke hadapan.
Mereka dikumpulkan di satu tempat. Selang beberapa minit kemudian 10 pelajar junior KUPSIS berjalan dalam barisan menuju ke arah mereka. Masing-masing membawa sebiji Secret Recipe cake yang sangat besar dan dibuat daripada pelbagai perisa. Dalam masa yang sama, warga Zenith keseluruhannya menyanyikan lagu yang amat popular sekali bagi menyambut ulang tahun hari kelahiran.
Allah selamatkan kamu ..
Allah selamatkan kamu ..
Allah selamatkan warga Zenith ..
Allah selamatkan kamu ..
Selepas itu, diikuti pula dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Versi bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tepukan gemuruh bergema pada malam itu sebaik sahaja lagu habis dinyanyikan. Walau sudah lama terpisah, Zenith tetap mengingati dan meraikan hari lahir sahabat-sahabat. Tidak pernah dilupakan. Malah kali ini, bagi warga Zenith yang lahir pada bulan Mei, mereka diraikan di KUPSIS. Beruntung mereka kerana berpeluang menyambutnya bersama-sama Zenith pada tahun ini. Seorang demi seorang ‘birthmonth children‘ dijemput ke hadapan untuk menyampaikan sedikit ucapan dan sepatah dua kata. Pada mulanya semuanya menolak pelawaan itu. Namun setelah didesak secara baik, ‘birthmonth children‘ terpaksa mengalah. Acara memotong kek dibuat beramai-ramai. Sesi fotografi pula mengambil alih selepas itu.
Suasana sangat meriah. Namun, tidak bagi dua orang Detektif Muda. Mereka berdua memikirkan bagaimana untuk membantu sahabat mereka yang berada dalam kesusahan tanpa sebarang klu yang dapat dijadikan petunjuk kecuali panggilan telefon dan jeritan kasar dari stranger yang didengari oleh Eqhwan.
Tiada lokasi yang dapat dianggarkan. Sekiranya mereka dirompak mahupun diculik sekalipun, apakah motif penculik tersebut?
Majlis pada malam itu ditamatkan. Semua orang beredar ke dorm masing-masing untuk merehatkan diri setelah kepenatan beraktiviti seharian. Berlalulah Hari Reunion Zenith bagi hari pertama.
*****
Hampir lima belas minit 2 Detektif Muda mendiamkan diri di dalam bilik study memikirkan perihal sahabat mereka. Mereka berdua tahu mereka perlu bertindak dan melakukan sesuatu tapi dimanakah harus mereka mulakan pencarian mereka ?
Titt..titt...tittt
Satu mesej masuk. Eqhwan melihat skrin gajetnya. Mesej daripada Syazwi diterimanya. Disebabkan signal yang tidak stabil di lokasi penculikan. Mesej tersebut baru berjaya dihantarkan kepada Eqhwan. Eqhwan dan Faiz berpandangan. Berdebar.
Eqhwan menyentuh butang read message selepas membaca basmallah.
-----------------------------
SOS
PSOHRITP
-----------------------------
“Code ? Nampaknya kita perlu selesaikan ! “ Detektif Muda mula bersemangat.
“Macam mana nak crack code ni. Emmm ......“ mereka berdua berfikir.
8 : Detektif ke-3
Malam telah larut. Setelah berkali-kali mencuba, pelbagai cara yang telah mereka guna, namun masih tidak berjaya. Eqhwan dan Faiz membuat keputusan untuk memberitahu hal yang sebenar kepada beberapa ahli Zenith atas tujuan keselamatan. ‘Usmar, Sufian, Amin, Zakri dan Redzuan terkejut apabila mendengar berita tersebut. Mereka bersepakat untuk tidak menghebohkan lagi kepada semua orang agar tidak menimbulkan panik. Code itu turut diberikan kepada beberapa ahli Zenith tersebut. Sama-sama mengerahkan otak untuk memikirkan penyelesaian.
“Hah ! Aku tahu. Aku tahu siapa yang paling terror solve coding ni“ Eqhwan mengutarakan pandangannya.
Faiz Bakruarazi tersenyum.
“ Izzah Kudo !“ Eqhwan dan Faiz menyebut nama ahli ke-3 Kumpulan Detektif Muda serentak. Benar ! Antara mereka bertiga, kebolehan Izzah dalam menyelesaikan code adalah yang paling hebat.
Eqhwan menghantar pesanan ringkas yang menerangkan keadaan sahabat mereka yang dalam bahaya. Mesej yang diterima daripada Syazwi juga diforwardkan kepada Izzah.
*****
“Eeh, ko tak tido lagi Izzah? Buat apa lagi kat meja study malam-malam ni? “ housemate Izzah, Izzati yang masih mamai bertanya.
“Ko terjaga ke? Maaf la kalau aku dah buatkan ko terjaga. Bukan apa, aku rasa tak sedap hati la. Tak boleh tido,“ Izzah meluahkan rasa risaunya. Seperti ada sesuatu yang tak kena.
“Izzah, Izzah, jangan fikirkan sangatlah. Selalu macamni je. Teringat kat buah hati ke? Sag mal !” Izzati mengusik.
“Banyak la.... tak la. Dah dah pi sambung tido nuh. Thanks by the way.“ Izzah tersengih mendengar usikan sahabatnya.
“Jom la tido. Esok kita ada praktikum tau. Bertolak dah la pagi lepas subuh. Lepas tu malam dekat isya’ baru habis jadual kita tu. Sangat padat. Nanti penat la. Kalau ko tak tido sekarang, esok mengantuk pulak nak guna mesin segala bagai tu. Gute Nacht,” Izzati mula membebel sambil berlalu masuk ke dalam bilik tidurnya.
“Ye la , ye la ..nanti aku masuk tido. Gute Nacht “ Izzah hanya tersenyum.
Izzah mengemas begnya. Buku-buku yang berselerak di atas meja studynya itu di susun kemas.
Ringtone lagu ‘Winter Sonata – My Memory‘ dimainkan daripada smartphonenya. Satu mesej masuk. Izzah kehairanan. Siapakah gerangannya yang menghantar mesej pada tengah-tengah malam buta ni. Dengan bismillah, Izzah membaca mesej yang diterimanya dengan teliti. Daripada Detektif Muda.
“MashaAllah, Zenith dalam bahaya,“ monolog Izzah. Instinct Izzah betul. Bond Zenith yang kuat membuatkan Izzah dapat merasakan sahabatnya memerlukan bantuan. Walaupun jauh berjihad berhampiran ibu kota, tidak dapat bersama-sama menyertai Zenith Grand Reunion,tetapi Izzah kini menjadi sebahagian dalam acara.
← PREVIOUS NEXT →
0 Idee für Izzah:
Post a Comment