4 : Two souls, One heart
“Nampaknya majoriti kawan-kawan kita dah sampai. Cuba semak semula. Siapa yang belum mendaftar, ” kata Nadiah Syafiqah kepada 3 lagi Menteri Urus Setia.
Mereka bertiga mengganguk faham lalu menyemak senarai nama satu persatu.
“Hmmm....“Faiz Bakruarazi menarik nafas dalam.
"Awat Paiq ? Ada masalah ka ? “ Aiman Somad perasan akan perubahan riak muka Faiz.
“Selangor Rangers belum sampai lagi nampaknya.” keluh Faiz.
“Laaa, hat tu ka yang hang duk risau. Tak payah risau. Depa on the way. Sat sat ni ja Zakri mesej aku ,” Aiman memegang bahu Faiz.
Dia faham. Sebenarnya, yang dinanti-nantikan sangat oleh si Faiz itu adalah tak lain tak bukan, sahabat baiknya si Eqhwan. Salah seorang anggota Selangor Rangers (SR) yang telah lama diwujudkan sejak mereka menjadi pelajar KUPSIS. Ahli anggota SR merupakan pelajar KUPSIS yang berasal dari Selangor dalam batch Zenith. Selangor Rangers terdiri daripada Sufian, Iskandar Md Yunus, Zakri Zainur dan Amirul Eqhwan. Namun begitu, jiwa Kedah telah sebati mengalir dalam jiwa anak-anak muda ini walaupun hanya 2 tahun mereka sempat bermastautin di bumi Jelapang Padi ini.
“Haa, itu pun depa. Panjang umuq aih ,“ Afrina menunjukkan ke arah pintu utama Dewan Bitara. 4 pemuda berjalan beriringan. Masing-masing kemas dengan gaya tersendiri. Wajah-wajah pemimpin. Faiz Bakruarazi lantas bangun dari kerusi sambil tersenyum. ‘Usmar yang perasan akan kehadiran mereka berempat itu cepat-cepat menyambut mereka.
“Kita berjumpa lagi. Apa khabaq semua ? “ ‚Usmar menghulurkan tangan. Mereka bersalaman sesama sendiri. Faiz hanya tercegat di kerusi. Tidak berganjak. Selangor Rangers membalas salam sahabat-sahabat lain yang juga menyambut mereka. Aminuddin, Fikri Aziz, Anas Asyraf , Nik Ismail, Miwel, Naqiuddin serta Umar Abdul Aziz turut menyertai mereka yang baru tiba dan bertukar-tukar khabar dan salam. Walaupun sesetengahnya sudah lama tidak bersua muka, ukhwah mereka masih segar. Mereka bergurau mesra.
Dalam kesibukan semua orang, Eqhwan sepertinya tercari-cari sesuatu.
“Cari ape Eqhwan? Buah hati ke ?” usik Iskandar Md Yunus.
“Ye la, mana tahu nih . . hehe” Eqhwan mengiyakan saja.
Sebaik sahaja Eqhwan terlihat kelibat Faiz Bakruarazi di satu sudut meja, dia tersenyum lebar . Kakinya automatik melangkah ke hadapan menuju Faiz sambil tangannya didepakan.
“Takmau peluk aku ke?“ Eqhwan hanya menduga sahabat baiknya itu. Sejak dari tadi Faiz tidak datang mencari Eqhwan dalam kumpulan tersebut.
“Aku saja nak test hang. Hang ingat lagi dak kat aku ni, “ lantas Faiz menarik tangan Eqhwan. Mereka berpeluk erat, hati bertemu hati, aura ukhwah fillah terpancar kuat. Persis 2 souls, 1 heart.
“Mustahil lah aku akan lupe sahabat yang sama-sama hensem dengan aku ! “ Eqhwan membela.
“Ehem ehem, amboi. Kalau dua orang ni jumpak, habis orang lain kena tolak tepi. Mentang-mentang la dapat jumpa buah hati intan payung masing-masing, “ Fahmi Haziq mencebis.
Berderai ketawa semua yang hadir di situ. Eqhwan dan Faiz berpandangan sesama sendiri. Tersenyum. Akhirnya, dapat juga lepas rindu. Selama ini hanya berhubung di alam maya sahaja.
"Tapi nampaknya tak lengkap lah Kelab Detektif Muda kita, “ Faiz meluahkan isi hati.
Ahli Kelab Detektif Muda KUPSIS terdiri daripada 3 orang iaitu Amirul Eqhwan, Muhammad Faiz Bakruarazi dan Nur Izzah Ibrahim. Berdasarkan sejarah yang lalu, telah banyak kes-kes rumit yang berjaya dirungkaikan Detektif Muda ini. Termasuklah kes sindiket dadah peringkat antarabangsa baru-baru ini.
"Takpe, lagi seorang tu tengah berjihad. Nanti ade rezeki kita jumpe pada masa depan, “ Eqhwan cuba untuk senyum. Dua hati ini merasa kekurangan.
“Kalau macam tu, SR boleh la register dekat sini,“ Aiman Somad menjalankan tugasnya.
“Hmm, nampaknya hanya beberapa orang saja lagi yang belum selamat tiba dan belum berdaftar“ Aiman meneliti senarai nama tetamu.
“Zulfadhli Abdullah, Faiz Zamri dengan Syazwi. Awat depa 3 orang tak sampai-sampai lagi ni. Orang Kelantan dengan Selangoq pun dah sampai. Orang SP hat dekat sekangkang kera pun tak muncul-muncul. Depa ikut highway mana ni ....“ Faiz mula risau.
“Maih aku cube call Zul“ Eqhwan mengeluarkan Samsung Galaxy Note III nya untuk menghubungi Zul.
“Upgrade dah Eqhwan? “ Faiz menoleh ke arah smart phone yang terhangat di pasaran.
“Eheehe, rezeki bro. Ada hamba Allah yang baik hati yang hadiahkan, “ jelas Eqhwan tersengih sambil menunggu panggilan dijawab oleh Zul.
Tut tut ... tut tut ... tut tut ...
“Tak diangkat pun, “ Eqhwan menyentuh icon telefon berwarna merah di skrin smart phonenya. Dia mencuba lagi. Setelah beberapa deringan, barulah panggilan diangkat.
“Assalamu’alaikum, ya Zul. Di mana anta? Ana sudah selamat tiba. Apa sudah jadi dengan antum semua? “ loghat padang pasir digunakan.
“Wa’alaikumussalam ya sheikh Eqhwan. Kereta akhi Awi ni buat hal la. Ini kereta masuk bengkel la. Jangan risau la. Kami baik-baik saja la. InshaAllah kami sampai la, tapi lambat sikit la.” jawab Zul dengan nada bahasa Arab.
“MashaAllah, mashaAllah. Semoga Allah permudahkan urusan antum semua. Baik-baik jalan ya,” Eqhwan mendoakan sahabat-sahabatnya.
Setelah panggilan dimatikan, Eqhwan menjelaskan hal tersebut kepada sahabat lain yang dari tadi cuba-cuba mendengar isi komunikasi mereka.
“Nak kami pi ambik depa ka? ” offer Fauzan dan Azeem. Baiknya Zenith. Sudi menghulurkan pertolongan kepada sahabat yang memerlukan.
“Zul kata tak payah. Depa akan sambung perjalanan selepas kereta Awi dibaiki. InshaAllah sampailah depa nanti, cuma lambat sikit. Kita doakan depa selamat sampai , ” Eqhwan mengurut dagu. Mereka semua mengangguk faham.
“Baiklah, kalau macam tu, semua bolehlah ambik tempat duduk masing-masing. Majlis nak mula dah, ” terang Afzan. Tiba-tiba saja muncul. Out of nowhere.
5 : Junior
Sahkirah merangkap emcee bagi pembukaan majlis Zenith Grand Reunion memulakan bicaranya di atas pentas. Anas Asyraf dijemput naik ke pentas bagi mengimami doa agar majlis yang dijalankan mendapat keberkatan dan berada di bawah lindungan rahmat Ilahi serta berjalan lancar. Majlis Perasmian juga turut dihadiri Encik Abdul Talib Sulaiman, merangkap Ketua Warden KUPSIS dan Tuan Haji Ismail Ibrahim, Pengetua Cemerlang KUPSIS.
Setelah ucapan alu-aluan oleh Tuan Pengetua dan Ketua Warden, giliran bekas Ketua Batch Zenith memberi ucapan. Secara ringkasnya, ucapan tersebut diisi dengan ucapan selamat datang. Pihak sekolah juga berterima kasih kepada Zenith Generation kerana sudi hadir ke sekolah. Tuan Pengetua juga ada menerangkan bahawa warga Zenith beruntung kerana memilih tarikh yang sesuai untuk menginap di KUPSIS. Hal ini kerana, sebilangan besar pelajar KUPSIS sedang terlibat dengan aktiviti di luar sekolah yang memerlukan mereka bermalam di luar negeri. Oleh itu, banyak dorm-dorm kosong yang dapat digunakan oleh warga Zenith. Setelah itu, beliau memohon diri kerana tidak dapat menyertai aktiviti bersama Zenith. Beliau terpaksa ke Dubai untuk menguruskan beberapa hal. Majlis Perasmian yang serba ringkas di akhiri apabila V.I.P pulang ke pejabat sekolah.
Bekas Ketua Batch Zenith pula ada menyatakan sebab utama venue yang dipilih adalah KUPSIS itu sendiri bertujuan agar warga Zenith merasai kembali memori-memori indah yang telah lalu sebagai pelajar KUPSIS.
“Baiklah, bagi meneruskan agenda kita yang seterusnya, setiap orang akan di beri sehelai A4 , sampul surat dan sebatang pen. Anda semua dikehendaki untuk menulis satu perenggan yang dapat mendescribe perihal diri anda sendiri. Jangan tulis nama masing-masing tau. Di bawah sekali, tulis satu perkataan password anda.Kita bagi surprise sikit. Kita main satu game yang dipanggil Secret Letter. Boleh? “ Sahkirah menerangkan selaku emcee pada hari itu.
Semua warga Zenith berbisik-bisik kerana terkejut. Ada juga yang tiada berperasaan. Namun, semuanya menurutkan saja arahan yang diberikan. Ada tujuannya dan sudah pasti untuk merapatkan silaturrahim kata Sahkirah.
“Nak tulis apa? Agak-agak nak describe apa pasal diri aku? Kalau tulis aku ayu, cantik dan anggun, agak-agak orang boleh teka dak ?“ Aireen meminta pendapat Fitriah Othman yang duduk di sebelahnya. Mas Ezaty dan Liyana Badri yang duduk berhampiran hanya tersengih saja mendengar kerenah Aireen.
“Tulis ja yang hang rasa betul. Bukan exam pon,” Fitriah Othman menjawab acuh tak acuh sambil menulis dengan kusyuk di kertasnya sendiri. Masing-masing sibuk menulis. Agaknya apalah yang mereka tuliskan. Perasan sendiri? Wallahu’alam.
Kertas A4 dilipat kemas dan dimasukkan ke dalam sampul. Sampul itu dikutip untuk dikumpulkan dalam dua kotak. Satu untuk aspura dan satu untuk aspuri. Kotak itu digodak supaya sampul-sampul tadi berselerak dalam kotak tersebut. Kemudian, setiap warga Zenith diarahkan untuk mengambil satu sampul bagi setiap orang. Jadi, aspuri hanya mendapat surat daripada kaum Hawa manakala aspura hanya mendapat surat daripada kaum Adam. Tidak bercampur.
“Anda diberi masa sehingga tamat majlis Reunion kita iaitu sepanjang tempoh 3 hari ini untuk meneka tuan kepada surat yang baru anda peroleh. Tidak dibenarkan untuk menunjukkan isi kandungan surat tersebut kepada orang lain melainkan kepada diri anda sendiri. Tidak sesekali dibenarkan untuk berbincang dengan orang lain tentang isi kandungan surat masing-masing. Orang yang ingin meneka tuan kepada surat yang diperolehinya, dia perlulah menyebut password yang tertera di dalam surat tersebut kepada orang tersebut. Orang yang ditanya hanya dikehendaki mengangguk atau menggeleng saja untuk menjawab. Tidak dibenarkan untuk bercakap lebih dari itu. Jelas semua?, ” jelas Sahkirah menggunakan microphone di hadapan.
“Tudiaa, tulisan ‘lawa‘ nak mampuih, “ komen Anisha Rodzi terhadap surat yang baru dia dapat.
“Nice ...“ Nicholas hanya tersenyum membaca isi surat tersebut.
“Sapa neyyy ? “ Afaf membulatkan matanya membaca surat yang dipilihnya tadi.
“Hah, aku tau dah. Aku tau dah ni tulisan sapa. Siap la dia. Haha, ” Syahrul’izzati Adliana aka Caun bercakap dengan kuat sekali.
Masing-masing dengan gelagat tersendiri apabila membaca surat yang baru mereka terima.
*****
“Bila kereta nak siap repair ni?” keluh Faiz Zamri.
Mereka bertiga menanti di luar bengkel sementara menunggu kereta Syazwi dibaiki di dalam. Mereka tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bengkel ketika kereta mereka dibaiki. Pada awalnya mereka bertiga kehairanan dengan polisi kedai membaiki kereta itu. Namun, disebabkan kecemasan, ditambah pula mereka ingin cepat-cepat sampai ke sekolah, mereka turutkan saja arahan dari pekerja bengkel tersebut.
“aku pergi masuk tengok apa cerita dah,” Faiz Zamri mula tidak sabar.
DUSH ! Satu pukulan yang sangat kuat hingap ke tubuh Faiz Zamri dari belakang. Faiz Zamri jatuh pengsan. Zul dan Syazwi terkejut dengan keadaan yang berlaku. Belum sempat untuk mereka berbuat apa-apa. Tiba-tiba masing-masing juga turut menerima pukulan yang sangat kuat di bahagian kepala secara serentak. Mereka bertiga tidak sedarkan diri.
*****
Setelah itu, majlis ditangguhkan sebentar dan bersurai bagi memberi laluan kepada sesi makan tengah hari dan solat Zohor. Mereka makan bersama-sama junior KUPSIS di dewan makan. Menu makanan yang dihidangkan pada tengah hari itu pula special sempena menyambut kedatangan Zenith. Wajah junior-junior KUPSIS gembira sekali melihat senior mereka datang untuk menikmati juadah bersama-sama. Terpotretlah suasana kakak dan abang bertemu adik yang telah lama terpisah. Dewan makan menjadi meriah dan riuh rendah dengan suara para pelajar.
“Bang, “ satu suara yang cukup dikenali menyapa 2 Detektif Muda. Mereka berdua berpaling serentak untuk mencari sumber suara yang familiar tersebut.
“Ikhmal ! Wah, dah besar. Dah tinggi dah, “ Eqhwan memeluk adik junior kesayangannya itu.
“Rindu lah ,“ eksperesi Ikhmal jujur sambil tangannya erat memeluk tubuh Eqhwan.
“Eqhwan ja...? Abang yang ni tak perasan ka,“ Faiz mengeluh.
“Mane ade la “ lantas Ikhmal memeluk Faiz pula.
“Mane abang Zul ? “ tanya Ikhmal lagi.
“Dia on the way . Entahlah tak sampai-sampai lagi ni, “ Faiz menjelaskan. Namun dalam hati, dia turut risaukan 3 orang sahabat yang masih belum sampai-sampai.
Ikhmal hanya mengangguk-angguk. Kemudian, aktiviti menjamu selera dimulakan dengan doa. Seusai makan, mereka berjalan menuju ke surau yang hanya beberapa meter saja dari dewan makan. Solat Zohor ditunaikan secara berjemaah dengan adik-adik junior yang diimami oleh Bekas Ketua BADAR Zenith, Aminuddin Che Omar.
Selepas Zohor adalah aktiviti kendiri. Oleh itu, masa tersebut digunakan oleh warga Zenith untuk mengangkut semua beg yang dibawa masuk ke dalam dorm masing-masing.
Di dalam dorm B-3.
Afza menghampiri Athirah Zulrodzifaiz sambil tersenyum. “Chocholate ?“ Afza meneka saja bahawa Athirah lah pemilik sampul yang dipegangnya dengan mengutarakan password.
Athirah Zulrodzifaiz tidak tersenyum malah tiada eksperesi muka langsung.
“Cepat laa angguk ...“ rayu Afza manja.
Athirah membiarkan saja Afza merayu-rayu. Dia tersenyum lalu menggangguk.
“Betui ka? Serius? Wah aku hebat ! Aku berjaya ! Yeay !! “ Afza melonjak kegembiraan kerana dia berjaya meneka pemilik Secret Letter tersebut.
Seorang demi seorang, warga Zenith dapat meneka pemilik Secret Letter yang dimiliki oleh mereka.
*****
Selepas Asar, masa diluangkan dengan aktiviti riadah bersama-sama junior di padang sekolah. Kehadiran penuh oleh warga Zenith.
“Semo ore turun bowoh. Kalu dulu gak sokmo keno hambak nga warden lu baru nok tubik kawase asrama,“ Ammar selaku Menteri Sukan memberi komennya dalam loghat Kelantan. Alif Sabri yang juga merangkap Menteri Sukan hanya ketawa mendengar kata-kata Ammar.
Aktiviti riadah pada petang itu berjalan lancar. Semua orang bermain pelbagai jenis sukan dan permainan dengan bersungguh-sungguh. Ada yang bermain badminton, bola sepak, basketball, volleyball, bola baling mahupun sekadar berjoging di sekeliling kawasan sekolah. Ada juga yang mengambil kesempatan itu untuk bersiar-siar melihat landskap KUPSIS yang banyak berubah. Banyak pokok-pokok yang ditanam. Taman-taman bunga juga semakin banyak.
Bagi warga Zenith pula, mereka bermain acara sukaneka persis kanak-kanak tadika. Semuanya menggamit memori ketika minggu orientasi pada awal tahun 2010. Ketika warga Zenith baru menumbuhkan pucuk silaturrahim. Walaupun daripada background yang berbeza-beza, Zenith bersatu hati malah semakin kukuh dan bertambah kuat sehingga ke hari ini. Adik-adik junior hanya ketawa melihat aksi-aksi lucu yang dilakukan oleh senior mereka sepanjang aktiviti riadah tersebut.
← PREVIOUS NEXT →
0 Idee für Izzah:
Post a Comment