11 : Motif
Petang itu pula sepatutnya diadakan tournament sukan sesama warga Zenith tetapi aktiviti itu di cancelkan. Zenith bersepakat tidak akan melakukan aktviti dan bergembira sehinggalah sahabat-sahabat mereka berjaya diselamatkan. Mereka lebih mementingkan persahabatan daripada keseronokan mereka.
“Aku terharu dengan Zenith. Ni yang sayang gila kat Zenith ni,“ Afzan hampir saja menitiskan air mata apabila mengetahui keputusan yang telah dibuat warga Zenith.
Petang itu, digantikan dengan sesi membaca
Kalamullah, membaca Yaa Siin, solat hajat dan sesi muhasabah diri.
*****
“Betul ke jalan ni Zakri?“ Sufian yang memandu meminta kepastian.
“Betul, aku tengok sign board tu tadi. Masuk sini.“ Zakri yang bertindak sebagai co-pilot memberi arahan.
Eqhwan dan Faiz yang duduk di seat belakang kereta masih lagi meneliti dan membedah video tersebut.
“Eeh, sekali lagi replay. Aku ternampak something la. Dekat hujung-hujung tu, ” Eqhwan mencelah.
“Bahagian mana?” Faiz menekan keyboard pada laptop.
“Situ, situ. Nampak tak bangunan tinggi tu?” Eqhwan menunjukkan satu bangunan tinggi yang kelihatan seperti menara yang muncul sekejap dalam scene video tersebut. Imej menara tersebut samar-samar sahaja.
“Menara apa tu? Kalau kita dapat kenal pasti menara tu, ini akan memudahkan pencarian kita.” Faiz menjelaskan.
“Kita minta tolong Izzah?” Eqhwan memberikan cadangan.
“Haa, okay okay. Cuba tanya dia,” Faiz setuju dengan cadangan tersebut.
Memandangkan kampung halaman Izzah dahulunya adalah di Butterworth, jadi dia tahu serba-serbi landskap di Butterworth. Satu mesej dihantar kepada Izzah menanyakan tentang menara tersebut.
Beberapa minit kemudian Izzah membalas mesej tersebut.
------------------------------------------------------------------------------
Itu bukan menara. Itu adalah bangunan TNB.
Berhampiran Seberang Prai.
-----------------------------------------------------------------------------
*****
“Betul ke jalan ni Zakri?“ Sufian yang memandu meminta kepastian.
“Betul, aku tengok sign board tu tadi. Masuk sini.“ Zakri yang bertindak sebagai co-pilot memberi arahan.
Eqhwan dan Faiz yang duduk di seat belakang kereta masih lagi meneliti dan membedah video tersebut.
“Eeh, sekali lagi replay. Aku ternampak something la. Dekat hujung-hujung tu, ” Eqhwan mencelah.
“Bahagian mana?” Faiz menekan keyboard pada laptop.
“Situ, situ. Nampak tak bangunan tinggi tu?” Eqhwan menunjukkan satu bangunan tinggi yang kelihatan seperti menara yang muncul sekejap dalam scene video tersebut. Imej menara tersebut samar-samar sahaja.
“Menara apa tu? Kalau kita dapat kenal pasti menara tu, ini akan memudahkan pencarian kita.” Faiz menjelaskan.
“Kita minta tolong Izzah?” Eqhwan memberikan cadangan.
“Haa, okay okay. Cuba tanya dia,” Faiz setuju dengan cadangan tersebut.
Memandangkan kampung halaman Izzah dahulunya adalah di Butterworth, jadi dia tahu serba-serbi landskap di Butterworth. Satu mesej dihantar kepada Izzah menanyakan tentang menara tersebut.
Beberapa minit kemudian Izzah membalas mesej tersebut.
------------------------------------------------------------------------------
Itu bukan menara. Itu adalah bangunan TNB.
Berhampiran Seberang Prai.
-----------------------------------------------------------------------------
“Ooh,ye lah. Itu bukannya menara. Ia adalah bangunan,“ Eqhwan meneliti semula video tersebut selepas membaca mesej yang baru diterimanya itu.
Faiz terus memberikan arahan kepada Sufian agar memandu ke arah lokasi yang dianggarkan mereka. Sementara itu, Eqhwan menghubungi pihak polis dan ambulans bagi menghantarkan bantuan kecemasan kepada mangsa.
*****
“Ini satu miracle ! Tak sangka pulak kerja kursus kita untuk harini habis awal. Jom keluar nak tak ? ” Mahfuzah memberikan cadangan. Memang tidak disangka kelas mereka tamat begitu awal sekali. Selalunya lewat petang barulah mereka berkesempatan untuk berehat.
“Ni nak buat plan last minute lagi ka? Jom ja. Nak pergi mana ?” Athirah bertanya dan berpaling kiri dan kanan mencari Izzah. “Mana Cik Izzah ? ? “ Athirah bertanya lagi.
“Aku ada hal. Maaf tak dapat join. Viel spaß , “ pantas Izzah hilang daripada pandangan menuju ke suatu tempat meninggalkan sahabatnya itu.
Izzah bersyukur kelas pada hari ini tamat lebih awal. Dia berpeluan untuk kembali fokus dalam misi membantu sahabatnya itu. Izzah ingin mendapatkan berita selanjutnya berkenaan sahabat yang diculik. Dia menyelidik sedalam-dalamnya dan cuba untuk mengorek sebanyak-banyak data yang boleh diperoleh.
Menggunakan kebarangkalian dan juga bantuan peralatan canggih daripada pihak NASA, Izzah akhirnya berjaya membuat andaian tepat lokasi sebenar sahabatnya diculik. Monitor di hadapan matanya langsung tidak ditinggalkan. Setiap saat Izzah memerhatikan gerak geri yang berlaku dalam rakaman dari satelit.
“Mana penculik tu? Depa tiga orang ditinggalkan macam tu ja ka? Nampaknya depa semua dah tak sedarkan diri, “ Izzah meneliti rakaman live daripada mesin yang dipinjam oleh NASA.
“Apa motif penculik ni? Kalau setakat nak culik tapi tak mintak tebusan? Mungkinkah ……“ Izzah teringat bahawa mesej video itu dihantar oleh nombor unknown yang berkemungkinan tinggi daripada penculik itu sendiri. Mesej video itu pula hanya dihantarkan kepada 3 orang Detektif Muda.
“Okay penculik tu kenal Detektif Muda. Eh jaap, mestilah kenal, haritu kan masuk tv. Allah perasannya. Eh Izzah sila berfikir rasional. Fikir fikir fikir .... motifnya ......“ Izzah cuba untuk bertenang setelah berlawan buah fikiran dengan dirinya sendiri.
“ Dendam ! Dia mesti terlibat dengan kes dadah peringkat antarabangsa baru-baru ni, “ lantas Izzah menghubungi ahli Dtektif Muda yang lain untuk menjelaskan maklumat baru yang baru diperolehnya itu.
*****
“Baiklah ,“ Eqhwan mengangguk faham mendengar penjelasan yang dibuat Izzah. Telefonnya dipasangkan secara loud speaker agar semua orang yang berada dalam kereta tersebut boleh mendengar butiran yang dikatakan Izzah satu per satu.
Kereta yang dipandu laju oleh Sufian semakin menghampiri destinasi yang dituju oleh mereka.Izzah menghantar gambar daripada rakaman dari satelit yang didapatinya kepada Detektif Muda. Mereka membuat perancangan awal bagaimana untuk bertindak.
Dengan bantuan semua data dan klu yang terkumpul, mereka akhirnya tiba ke satu kawasan pembinaan yang telah lama ditinggalkan beberapa minit kemudian.
12 : The Power of Du'a
Mereka berempat keluar daripada kereta secara serentak .Selang beberapa saat selepas itu, pasukan polis yang dihubungi oleh Eqhwan sebentar tadi tiba. Turut hadir squad bom yang paling mahir. Namun, ambulans masih belum tiba.
Kereta-kereta polis tersebut memarkir mnengelilingi bangunan terbiar tersebut.
“Saudara ni Encik Faiz Bakruarazi dan Encik Amirul Eqhwan, Detektif Muda yang terkenal tu? “ tanya ketua unit pasukan polis yang baru sahaja tiba. Mereka lengkap beruniform berserta senjata yang lengkap.
“Err, yaa kami. “ Faiz dan Eqhwan menjawab serentak.
“Kami telah mengetahui semuanya dan telah mendapat arahan daripada Headquarter Polis di ibu negara. Kami juga telah berhubung dengan saudari Detektif Muda yang ketiga iaitu Cik Izzah. Beliau telah menjelaskan semuanya kepada kami dengan sangat details. Kami sangat kagum ,“ jelas ketua unit polis itu lagi.
Keempat-empat ahli Zenith yang mendengar mengangguk-angguk dan kagum dengan penjelasan yang dibuat oleh ketua unit polis tersebut mengenai usaha Izzah di sebalik tabir.
“Baiklah kalau macam tu kita masuk ke dalam bangunan ,“ Eqhwan bersemangat !
“Tidak encik, biar pihak kami yang masuk dahulu. Kita tidak tahu sama ada penculik itu berada di mana. Berkemungkinan dia masih dia dalam bangunan tersebut.“ Jelas ketua unit polis tersebut.
“Kalau begitu, baiklah. Pihak keselamatan masuk dahulu. Kami berdua ikut dari belakang melalui jalan yang selamat. Boleh encik ?, “ Faiz Bakruarazi meminta kebenaran.
Perancangan yang teliti dibuat. Mereka merempuh masuk secara berhati-hati. Eqhwan dan Faiz turut masuk mengekori pihak polis dan squad bom dari belakang. Sufian dan Zakri hanya tunggu di luar.
“Faiz, Eqhwan, ambulans dah tiba ?“ Izzah bersuara. Panggilan mereka dari tadi masih belum diputuskan.
“Belum“ Eqhwan membalas.
“Kalau macam tu sediakan kain yang bersih dan lembapkan dengan air mineral. Basahkan bibir sahabat kita yang kering. Jangan dituang terus air untuk diminum mereka. Nanti depa lemas dan tercekik disebabkan pressure udara yang masih tidak stabil antara dalaman paru-paru dengan udara luar,“ Izzah memberikan nasihat dengan jelas.
Eqhwan dan Faiz yang mendengar pergi mencari kain bersih untuk dibawa masuk ke dalam bangunan tersebut.
Mereka berdua tidak dibenarkan masuk selagi kawasan itu belum terjamin selamat. Oleh itu pihak polis akan masuk dahulu dan memastikan bangunan itu benar-benar kosong. Squad bom pula akan menyahaktifkan bom dahulu kemudian barulah Detektif Muda dibenarkan masuk.
“Fuuh, nasib baik bom yang digunakan bukanlah bom jangka masa,“ salah seorang ahli squad bom berkata.
Keadaan sangat tegang. Masa seolah-olah bergerak perlahan. Satu demi satu wayar bom diputuskan oleh squad bom dengan berhati-hati.
Ketika saat itu juga, seluruh warga Zenith dan junior KUPSIS sedang melakukan solat sunat hajat dan berada pada sujud terakhir di mana mereka sujud dengan lama untuk memohon hajat kepadaNya. Tambahan pula hujan yang sangat lebat di KUPSIS. Doa mereka menjadi doa yang mustajab. Izzah pula yang berada jauh daripada mereka berdoa secara senyap tanpa pengetahuan saudara seislamnya itu. Doa daripada 3 orang mangsa itu sendiri sebelum mereka tidak sedarkan diri. Doa orang yangt teraniaya. Antara doa-doa yang dimakbulkan Allah tanpa sebarang hijab.
Doa mereka bergabung menjadi satu. Super doa. Agar sahabat mereka berjaya diselamatkan.
Klik ! Bom berjaya dinyahaktifkan......
Ahli squad bom memberi isyarat bahawa keadaan telah selamat. Semua bom berjaya dimatikan.
Mereka semua melakukan sujud syukur.
Izzah mengucapkan tahmid setelah endengar berita bahawa sahabat-sahabatnya telah berjaya diselamatkan.
Sufian dan Zakri berpelukan dengan penuh kesyukuran di luar bangunan. Lantas mereka memaklumkan berita baik itu kepada ahli Zenith di KUPSIS.
*****
Sebaik sahaja selesai solat sunat hajat, ‘Usmar membaca mesej yang diterimanya daripada Sufian mengenai berita bahawa sahabatnya telah selamat. ‘Usmar ke hadapan di bahagian imam lalu mencapai microphone dan menyampaikan berita tersebut kepada seluruh warga KUPSIS yang hadir di situ. Semuanya menarik nafas kesyukuran. Lega.
“Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kita serta-merta,“ ‘Usmar tersenyum. Hatinya tidak dapat digambarkan betapa gembiranya dia mendengar khabar baik itu. Bersyukur yang tidak terkata.
“Alhamdulillah, “ monolog hati kecil Aisya Fathiya.
← PREVIOUS NEXT →
0 Idee für Izzah:
Post a Comment