1 : GRAND INVITATION



1 : GRAND INVITATION

 
“Alhamdulillah. Alhamdulillah. Akhirnya, tamat juga statusku sebagai pelajar asasi. Lepas ni apa pula ya,”  monolog Ku Nur Adzmina, seorang gadis berbaju biru. Gajetnya dibelek-belek, keluaran terbaru syarikat Samsung. Samsung Galaxy S IV. Dia kini merasa bebas. Sebelum kembali semula ke kuliah bagi peringkat ijazah, tiada lagi tidur lewat malam untuk mengulang kaji pelajaran. Tiada lagi berjalan kaki ke dewan kuliah. Tiada lagi turun ke Kafe untuk menghadap menu yang sama bagi makan pagi, tengah hari mahupun malam. Galaxy S IV di scrollnya, terlihat satu nama yang dahulu sering kali dihubunginya ketika menjadi pelajar UiTM Puncak Alam.
Selepasobeberapaoderinganoyangomendebarkan....

“Mushi, mushi. Assalamu’alaikum warah matullahi wabarakatuh, ” Mina memberi salam.
“Panjangnya, amboih. Wa‘alakumussalam warah matullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh”
“Apa habaq, Piqah? Sibuk ka? ”
“Alhamdulillah sihat. Macam biasa” balas Nor Syafiqah Saleh.

“Macam biasa, maksudnya tak sibuk la tu. Okay, baguih.”
“Awatnya? Ada apa-apa ka? Nak ikut. Alang-alang tengah free ni. Tak ada apa yang nak dibuat”

“Amboi, macam tau-tau ja aku nak cakap pasal apa.”
“Macam boleh agak dah. Teruskan niat hang. Aku tak sabar ni. Ada apa yang sebenaqnya?”

“Hmmm, macam ni lah. Memandangkan kita dah habis asasi ni. Alangkah rugi kalau kita tak guna masa ni untuk … untuk … aishh … macam mana nak cakap ni”
“Hang ni awat Mina? Untuk apa? Teruskan … ”

“Senang cerita. Aku rindu Zenith. Jom la kita jumpak semuaa ! ”
“Ooh, habaq la awai-awai. Aku tau dah. Hang duk hingaq dari dulu lagi pasai benda ni. Dah tu jom la kita sama-sama buat reunion. Habaq la dekat ‘Usmar  ....”



*****


Masa dan ketika yang sama. Hanya berbeza tempat.

‘Usmar mencapai iPhone 5 nya. Lantas disentuh skrin gajetnya itu. Dialing.

“Assalamu’alaikum , Sufian ”
“Wa’alaikumussalam, ya ‘Usmar ”

‘‘Macam mana plan untuk misi reunion kita kali ni? ”
‘‘Okay, berjalan lancar. Aku dah settle dengan pihak sekolah. Pengetua dan Ketua Warden pun dah sedia maklum pasal semua ni. Cuma tinggal nak comfirm berapa orang yang betul-betul boleh datang ja, sebab nak siapkan surat-menyurat ni, ” terang Sufian.

Alhamdulillah, bagus. Okay, bab kehadiran ni aku dah bahagikan. Untuk aspura Aiman Somad dengan Faiz Bakhuarazi yang uruskan. Aspuri pulak, Afrina dengan Nadiah Syafiqah yang ambik kehadiran.“
„Baiklah.
Kalau macam tu, siapa pulak yang tetapkan tentatif misi kita tu? “

“Haaa … yang tu aku dah serahkan pada Amirul Eqhwan , Iskandar Md Yunus, Afzan Izzani dan Nur Izzah Abd Hamid. Selaku Setiausaha Tinggi . Orang hebat-hebat ni. Mesti tentatif yang dihasilkan gempak.”
“Paling penting ada pengisian dan bermanfaat.” sambung Sufian.

“Betul. Okay. Ada apa-apa lagi ka yang kena settle? Aishh, aku nervous ni. Bukan senang nak buat majlis besaq macam ni. Takut-takut ada tercacat cela belah mana-mana. Risau aku”
“Setakat ni takdak pa dah kot.
Nanti kalau ada apa-apa berita baru aku roger

Salam bertukar. Panggilan dimatikan.



*****


Beberapa hari kemudian. Jemputan yang ditunggu-tunggu oleh warga Zenith akhirnya tiba juga.




Masing-masing tersenyum kegembiraan menerima undangan tersebut. Hati rasa bahagia. Saat yang dinantikan bakal menjadi realiti. Kecoh semuanya. Ada yang cepat-cepat berhubung antara satu sama lain untuk membuat temu janji. Ada yang sibuk beli baju baru untuk dipakai hari bersejarah itu. Ada yang sedih memikirkan tiada cuti pada hari tersebut, oleh itu tidak dapatlah hadir ke majlis tersebut.

Hasna yang tidak ketinggalan dengan berita ini terus membuka laptopnya. Lalu log in ke akaun facebooknya. Melihat nama Maisarah aka Caah yang ditandakan dengan bulat hijau , terus di klik nama tersebut untuk private chat.

„Caaaaahhhhh“ Hasna memulakan bicaranya.
„Wa’alaikumussalam, ya cik adik manis. Ada apa?“ Caah sudah lali dengan pe’el Hasna.

„Hehe, assalamu’alaikum. Macam mana?
Nak pi dak reunion tu? Aku dah tak sabar ni ....“
„Laju noh hang ni. Mesti la nak. Aku rindu Zenith kot.“

„Apa lagi. Jom kita comfirm kan kehadiran kita ! “
„Okay, okay.
Jom. EH, tapi perasan dak. Awat tarikh tu sampai 3 hari? Silap tulis ka apa? Kita buat 3 hari ka. Fuyyo, lamanya. “

“Ya la kot. Takpa la, sehari bukan cukup. 3 hari baru puas jumpa semua orang. Tambah-tambah pulak jatuh Hari Guru kan yang last day tu. Nanti kita comfirm kehadiran dengan Miss Afrina atau Miss Nadiah Syafiqah kita. Pastu aku tanya pasal ni.”
Orite. Aku tak sabaq ni”

Begitu jugalah dialog hampir semua warga Zenith yang lain. Masing-masing juga terkejut dengan tempoh masa reunion yang dikatakan sehingga 3 hari itu. Namun, disebabkan terlalu excited, semuanya tidak kisah. Bukankah lebih lama lebih bagus. Buat lepas rindu alasannya.

Atas sebab itu, ‘Usmar Aiman merangkap bekas Ketua Batch Zenith menjelaskan mengenai event yang bakal dilangsungkan di dalam group Zenith di facebook bagi mengelakkan kekeliruan.







    ←  PREVIOUS                         NEXT →

0 Idee für Izzah:

Post a Comment

 

Appreciation

Thank you for coming. Please come again. May Allah bless.

Twitter Updates

Es tut mir leid. The owner does not have any account burung biru yet.

Meet The Author

I am Izzah Kudo. Please enjoy every letter. It is specially present for you ♥