Musim exam? Ooh ye, die Prüfung means The Examination in German. Bunyi cam gempak je kan? EXAM! Eeh, kami dah lama habis exam laa. Kay finee, tuan penulis baru nak exam :3
Eeem. Godek-godek sana-sini, terjumpa love letter ni. Kena pulak ayat yang memang kena dengan mood dia. Fuuh !
Jom tadabbur ayat Allah ini:
die Wörter von Allah ♥
"Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela
agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah
bangunan yang tersusun kukuh."
[Surah As-Saff 61:4]
Saya akan membahagikan ayat ini kepada 3 bahagian,
1) Sesungguhnya Allah
mengasihi orang-orang yang berperang,
2) untuk membela agamaNya,
3)
dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang
tersusun kukuh.
Los geht's ♥
1) dalam ayat ini, Allah mengatakan mengasihi
orang yang berperang. Tetapi mengapa Allah guna perkataan perang,
mengapa tidak perkataan lain? Kita lihat pula aspek-aspek yang ada dalam
peperangan. Sewaktu menghadapi peperangan, mestilah kita akan bersiap
sedia dengan seelok-eloknya, dan itulah yang perlu kita lakukan dalam
perjuangan ini malah boleh diaplikasikan dalam musim peperiksaan kita
ini.
Jika kita lihat, outcome yang ada setelah peperangan hanya
ada 2, iaitu menang dan kalah. Kita perlu ada pemikiran sebegitu. Dalam
peperiksaan hanya ada berjaya atau gagal, gred itu cuma aras
keberjayaan kita sahaja. Tiada istilah 'boleh la' atau 'cukup-cukup
makan' dalam aspek peperangan dan itulah yang perlu diterapkan dalam
diri kita supaya kita bersungguh-sungguh dalam menghadapinya. Kerana itu
Allah gunakan perkataan perang.
Selain itu, jika kita lihat
tahap-tahap jihad. Antara yang berada di bawah ialah jihad menentang
hawa nafsu dan tahap jihad yang tertinggi ialah jihad fisabilillah.
Allah sengaja memilih kata perang untuk menandakan kita perlu untuk
berusaha untuk mencapai yang lebih tinggi, tidak cukup sekadar berada di
bawah. Perlu untuk mencapat tahap yang teratas. Bak kata pepatah
Inggeris, "Aim for the sky, even if you failed at least you will land
among the stars"
2)
Membela agama Allah pula bukanlah dengan maksud perang sahaja, tetapi
membela agama Allah juga bermaksud menegakkan Islam itu dalam diri
sendiri, mengamalkan Islam itu, berusaha mempelajari ilmu untuk
menegakkan Islam, berusaha menjalankan hukum Allah di muka bumi, memberi
kefahaman tentang Islam kepada yang bukan Islam dan sebagainya. Membela
agama Allah itu besar skopnya, bukan bermakna pada satu perkara itu
sahaja.
Dan dalam kita dalam usaha menegakkan agama Allah ini,
perlulah juga kita dengan ilmu. Tanpa ilmu, bagaimana kita ingin
berhujah andai ada orang mempersoalkan hukum Allah? Dengan ilmulah kita
berupaya melakukan apa yang dirangkumkan dalam skop membela agama Allah
itu tadi.
Oleh itu, jadikanlah menuntut ilmu dan menghadapi peperiksaan kalian itu sebagai satu jalan untuk kita membela agama-Nya.
3) Apabila disebut tentang barisan, semestinya kita memikirkan dalam
kuantiti yang banyak. Ya, sememang itulah maksud yang cuba disampaikan.
Adalah dengan berjemaah, kita akan lebih kuat. Namun dalam ayat tersebut
juga, Allah menyebut seperti bangunan yang kukuh. Maksudnya di sini,
kuantiti tidak bermakna apa-apa sekiranya tidak diuruskan dengan
sebaiknya. Allah sudah pun beri kepada kita satu contoh yang mudah.
Dalam pembinaan bangunan, mustahil bangunan itu dapat dibina dengan satu
bata sahaja, semestinya perlukan banyak bata. Namun, sekiranya bata itu
dibiarkan berlonggokan di situ sahaja, apakah ia dikira kukuh? Tidak.
Untuk ia digelar kukuh, perlulah ia diuruskan dengan baik iaitu dengan
cara menyusunnya dan letakkan simen agar keras. Setelah itu barulah ia
dianggap kukuh.
Kita refleks pula pada situasi kita yang sedang
menghadapi musim peperiksaan. Boleh kita mengadakan study group. Dengan
study group ini, kita berupaya untuk bertanya bab yang kita tidak
faham.
Serba sedikit yang dapat saya kongsikan daripada ayat-ayat cinta Allah buat hamba-Nya ini.
Viel Glück für die Prüfung ♥
kein Fleiß kein Preis C:
٩(×̯×)۶
0 Idee für Izzah:
Post a Comment